Monday, November 23, 2009

Kenapa ya?

Kenapa ya, kalau bercinta tak terus sampai kawin je?
Kan senang, tak payah pening-pening kepala

Kenapa ya, kalau bercinta sampai kena curang segala?
Tak rasa serba salah ke dengan pasangan yang sanggup hidup susah senang bersama?

Kenapa ya, bercinta perlu ada dugaan dan cabaran?
Happy sentiasa bukan lagi syok ke?

Kenapa ya, ada orang dengki dengan cinta mereka?
Rasa diri tu bagus sangat ke?

Kenapa ya, lelaki suka pasang 2, 3 mahupun 4?
Dah cukup nafkah zahir ke?

Kenapa ya, setiap pertemuan ada perpisahan?
Setia ke akhir hayat bukan lagi syahdu ke?

Kenapa itu? kenapa ini? kenapa?
kenapa segala?

Jangan tanya lagi.
Penat.

Titik.

P/s: Takde kaitan ngan kisah aku pun. Saja tetibe tersoal benda alah ni

Sapa tak nak kawin oii???

Sedar tak sedar dah nak raya haji dah kita kan? Mak aii.. cepatnye masa berlalu.. Aku laa kan.. kalau bab masa ni memang pantang betul la.. Cepat sangat. Skang dah nak masuk bulan 12 dah. Lepas tu masuk tahun 2010. Cepat sangat2!!

Kadang2 teringat balik kisah dulu-dulu, bila orang tanya aku nak kawin umur bape, mesti aku akan cakap umur 24. Ok, skang aku dah 24 tahun dan takde pun mana-mana rombongan kawin ke, bertunang ke, merisik ke yang datang ke rumah? Hmm, rombongan cik kiah ada lah kot (ayat ditujukan kepada anak-anak datuk, anak-anak tan sri yang berminat, sila sediakan rombongan ye..)... Ok, Tapi kalau betul lah ada rombongan datang pun, mungkin susah aku nak terima kot. Even rombongan dari si dia. Bukan apa, mungkin aku susah nak bagi komitmen 100% sebab aku masih seorang pelajar. Ada jugak dengar2 yang kata, ala.. kalau buat master, boleh je kawen.. Tapi aku tak kot.. Mana nak kejar study, research, writing thesis, layan suami, kemas rumah, masak, mengemas, mertua lagi.. *sigh* Orang lain mungkin boleh, tapi aku tahu kemampuan aku.

Takkan aku nak buat gaya bujang walaupun dah kawen kan? Aci redah je bangun pukul berapa, makan pakai sendiri jaga. Usshh, Kalau macam tu, senang laa.. Esok pun aku boleh kawin kalau tak payah pikul tangungjawab isteri kan? Kalau dah kawin, kena jaga suami, makan, pakai kena jaga.. Aduhh.. Aku belum sampai lagi kot tahap tu.. Mungkin ada orang boleh bagi komitmen pada pelajaran dan perkahwinan. Tapi aku susah lah.. Dan aku masih tak tahu masak! (Kantoi di situ)..

Aku ni cakap sedap mulut je. Tak pasal2 nanti aku kawin dulu. Master tak siap lagi, aku dah kawin dah. Hahaha.. Tapi, kalau ditakdirkan jodoh sampai dulu, aku terima je.. kawen wei, sapa taknak? Qada' dan qadar kuasa Tuhan. Siapa boleh lawan takdir kan? Cuma apa yang aku nak highlight di sini, aku masih belum bersedia. Tu je..

Tapi kan, kalau ada rezeki untuk sambung phD pula, insyaAllah.. aku kawen gak dulu.. Tak larat la wei..!! nak tungguh habis phD baru kawin. Naya jiwa batin aku. Terseksa you!!
Aku cakap gaya mcam dah nak kawin sangat je. Tapi biasalah, sapa tak nak kawin kan?

Thursday, November 19, 2009

Rindu Maksimum


Semalam aku mimpi mereka lagi. Entah kali ke berapa. Rindu bila dengar dia sebut:-

"Makde, Makde jom main 'ni' nak?"

Makde= Mak Uda (Aku la tu..)
'ni'= Main 'sep sep '


Takpun,

"Makde, Makde jom kita main bontot ayam nak?"

Bontot ayam= Permainan yang aku belajar dulu masa kecik-kecik, skang aku ajar pulak kat anak buah aku. Ada ke patut?? Huhu.. Kalau nak tahu main bontot ayam macam mana, jangan lupa buat appointment. Dah ramai dah beratur nak main bontot ayam dengan aku ni. Huhu..

Lagi sedih bila terngiang-ngiang kat telinga aku,

"Makde!! Makde!! Tolong adiiikk Makde......"

Part ni memang aku sedih. Diorang jerit dengan nada rintihan.. Macam betul-betul suruh aku tolong.. Diorang minta tolong sebab tengah main pura-pura lemas atas katil, (bayangkan katil tu laut la..) dan aku menjadi superman selamatkan diorang.Siap aku berenang-renang atas katil lagi.. huhu

Aku sentiasa melayan diorang walaupun aku sendiri dah tak larat nak main sep-sep dengan bontot ayam lagi. Habis main, ajak main lagi. Aku dah jadi macam budak kecik yang sebaya dengan mereka ni.. Aduhai..

Aku suka cerita kat diorang tentang kisah gembala kambing yang pembohong tu. Kisah gembala kambing yang suka menipu penduduk kampung sebab ada musang makan kambing dia. Last sekali memang musang betul-betul makan dan tiada seorang pun penduduk kampung yang percaya cerita dia. Padan muka!....
Cerita tu aku akan cerita berulang-ulang kali sebab kakak minta aku cerita lagi. Best sangat kot.. Tambah pulak dengan gaya penceritaan aku yang macam nak masuk Pertandingan Bercerita Peringkat Wilayah pulak! Hahaha.. Kalau aku masuk, sure menang! Ha.ha.ha
Sekarang, kalau aku rindu, aku akan ceritakan kisah gembala kambing tu kat kawan aku. Kesian, dah tak larat dia nak dengar. Sorry ya..!


Aku. Mak Uda. Kak Sara. Mai. Katerina. Dan sesiapa sahaja yang mengenali aku dengan pelbagai panggilan, sesungguhnya..

AKU TERLALU RINDU PADA MEREKA..

p/s: Oh Tuhan, aku sudah menitikkan air mata..

Tuesday, November 17, 2009

Tiba-tiba aku menjadi sensitip

Pada kebiasaannya.. Aku ni bukanlah sensitip sangat. Orang cakap apa, aku aci redah je. Malas nak pikir banyak2.. Buat serabut kepala otak je.

Tapi entahlah, aku tak tahu la kalau ada bakteria ke, fungi ke, robotkop ke yang dah ambil alih kuasa otak aku ni sampai aku jadi terlaluuuu sensitip.. Baru orang tegur sikit, si mata ni taknak bergenang lagi. Mula2 macam kolam, pastu jadi sungai pulak.. * sheeshh*

Pelik jugak. Sebab sebelum ni, memang aku tak layan lansung perasaan ni.. Tapi, aku ni masih seorang manusia.. Life as a human being.. Ada akal. Ada fikiran. Ada hati dan perasaan too!! So, jangan salahkan aku dan jangan pelik kalau tengok tiba-tiba aku menangis.. Tiba-tiba aku happy macam baru menang loteri (aisshh.. haram tuu).. Tiba-tiba aku marah.. Tiba-tiba aku emo dan tiba-tiba aku menjadi seorang yang pendiam..

Aku rasa prinsip tanah, air , api dan angin memang betul la. Banyak dah kajian aku buat (wah, sampai buat research!!) Orang kata anak pertama ada sifat tanah, anak kedua sifat air, anak ketiga sifat api dan anak ke empat sifat angin.

Aku adalah anak ke.....???

This is Me!!!!

Sunday, November 15, 2009

Gara-gara monsun

Mak: Sekarang Malaysia musim winter tau!

Aku: Hah? Sejak bila pulak Malaysia ada 4 musim?

Mak: Bayangkan hujan tu salji la..

Aku: Oooo..


Boleh eh macam tu? Sekarang, pukul 7 pun dah macam malam.

Aah la, musim winter..

Tuesday, November 10, 2009

Cakap tak serupa bikin.

" Mai, ko dah gemuklah.."

"Aah, aku dah lama tak joging. Esok aku nak start baliklah aktiviti joging aku"

Esok.

"Mai, ko joging tak harini?"

"Tak. Malas. Esoklah"

2 Hari kemudian.

"Mai, joging tak?"

"Tak. Esoklah. Penat. Ngantuk, nak tido"

Esok lagi.

"Mai, ko kata nak joging? Bila nak start ni?"

"Minggu depanlah"



Cakap tak serupa bikin.

p/s: Harini aku tamak. Buat dua post.

Update blog

Pernah tak bila anda rasa anda nak tulis sesuatu, tapi anda tak tahu apa yang anda nak tulis?

Ok, Skang aku blur! Apa yang aku nak update ek??

Aku tak tahu nak update apa. Ada kawan aku minta aku update blog sebab dah lama sangat tak update. Tapi maklumlah, aku skang ni tahap busy yang melampau.. Ampunnn.. Maaf ya? Cuma lately ni aku rasa hidup aku dah ada cahaya. Hahaha.. nampak sangat sebelum ni hidup aku dalam kegelapan. Gila dasyat!! Bukan apa, aku ni kadang2 banyak sangat masalah.. Bertimpa-timpa.. Tapi aku selalu aci redah je.. Malas nak pikir. Tapi nak tak nak, memang kita kene pikir jugak masalah kita.. Kalau tak, macam mana nak setel. Ye tak?

Bagi aku, masalah-masalah ni memang mematangkan kita. Dan Alhamdulillah, segala masalah beransur sedikit demi sedikit. Dan aku harap semoga masalah2 itu terus berlalu pergi. Tapi, mustahilkan? Mana ada kita hidup tanpa masalah? Zero problem? Hmm.. Giler boring hidup macam tu.. Hidup sentiasa happy dan enjoy tanpa ada masalah.. No life la kawan.. Yay! Aku dah boleh menerima segala masalah aku ni..

Sekarang aku faham, apa yang terjadi semuanya ada hikmah.. Mungkin kita tak nampak sekarang. Tapi, kelak kita akan nampak.. Allah Maha Besar.. Amin..

p/s: Lin, aku dah update blog.. Puas hati tak? ngeee

Sunday, November 8, 2009

Nak lempang..??

Pernah tak bila anda bosan-bosan, anda rasa macam nak lempang orang? Tak kisah la sapa-sapa.. Monyet ke, kucing ke, manusia ke?? Dan untuk kesekalian kalinya, harini aku rasa macam nak lempang orang.. Jahat tak aku? Tak pernah-pernah aku buat dajal pi lempang anak orang.. Gilo apa!! Tapi aku memang terasa macam nak lempang orang.. Dan orang itu adalah AKU! Aku nak lempang diri aku sendiri.. Hahaha.. boleh tak?? Aku tak tahu kenapa.. Adakah aku ini lembab? Adakah aku ini bodoh?? Astaghfirullahalazim.. Tuhan, maafkan aku..

Aku tak tahu kenapa aku marah sangat dengan diri aku.. Aku rasa bingung.. Kenapa otak aku tak boleh nak serap ilmu masuk? Mungkin sudah terlalu tepu dengan segala macam benda.. Aku jadi bingung.. Mungkin sebab aku jahat sangat, jadi ilmu itu tak berkat.. Hmm.. mungkin juga.. Astaghfirullahalazim... Maafkan aku..

P/s: Tapi kalo dapat lempang orang pun syok gak.. Ha. Ha. Ha. Ha ( gelak setan.. gelak satu-satu bererti aku sedang buat lawak bodoh)

Sunday, November 1, 2009

Masalah? Sekian, wassalam

Aku ada masalah. Teruk jugak. Aku rasa tensen dengan masalah-masalah ni.

Masalah-masalah aku:
  1. Gemuk
  2. Master research
  3. Assingment
Inilah major problem aku. Aku tak tahu nak buat camana lagi. Ok, Aku dah senaraikan cara-cara nak mengatasi masalah aku ni.

Cara mengatasi:-

1. Gemuk
  • Banyakkan joging. Lepas kerja, terus joging.
  • Kurangkan makan nasi. Kalau boleh jangan sentuh lansung. Erk?
  • Makan buah. Makan sayur. Jaga kalori.
2. Research
  • Rajinkan diri masuk lab buat research
  • Banyakkan baca jurnal
  • Selalu bincang dengan supervisor
3. Assignment
  • Cari bahan-bahan assignment; Buku, Jurnal etc.
  • Luangkan waktu siang untuk cari bahan dan malam untuk menyiapkan assignment
  • Rajinkan diri. Jangan malas!
Tapi, apa yang terjadi adalah:-

1. Gemuk
  • Balik kerja terus tido. Takpun kuar dating. Takpun lepak borak2 ngan housemate
  • Makan malam adalah:- Nasi, tomyam ; Nasi kukus; Nasi goreng ikan masin; Burger
  • Makan cokolat; malam2 cari aiskrim kat kedai runcit; Beli air sejuk
2. Master research
  • Malas jugak masuk lab. Sebab asyik tak jadi. Patah semangat aku. Oh, tidak!
  • Aku bukan taknak cari jurnal, tapi aku asyik main fesbuk je. Bila pulak nak cari jurnal?
  • Aku bukan taknak jumpa dengan supervisor aku.. Cuma aura lain macam la.. Paham2 la.. Aku takut bila dia tanya, aku tak dapat jawab.. haa, tu yang tensen tu..
3. Assignment
  • Aku cari la jugak bahan assignment. Tapi kalau nak kata nisbah main fesbuk : cari bahan, bersamaan dengan 3:1
  • Waktu siang aku cari bahan. Tapi waktu malam asyik kuar dating je.. Takpun tengok tv dan buat ketupat ngan housemate. Bila nak buat assignment?
  • Aku bukan malas, cuma kurang rajin je.. Lagi-lagi bila main fesbuk.. eii.. berantu betul la fesbuk ni
Wassalam..

Wednesday, October 28, 2009

Bila aku tak nak ingat lansung

Aku teringat kembali
detik itu
indah
aman
bahagia

Berlabuh sudah tirai itu
benci di fikirkan
biarkan ia berlalu
biarkan ia pergi
aku benci mengingat kembali

Kadang teringat
kadang membenci
kadang tersenyum

Oh, ia penuh dengan kenangan..

Wednesday, October 21, 2009

Nak kawin, duit tak ada.

Macam mana nak kumpul duit?

Kalau saving money setiap bulan, boleh ke dapat dalam RM20k?
Kawan-kawan ada bagi cadangan. Actually, diorang berjaya pun dengan duit pelaburan. Kalau takat makan gaji, lepas bayar duit hutang je lah.. Apa pendapat korang?

1. Beli jual rumah

Beli rumah sebelum rumah dibina (Lagi best jika ada diskaun). Bila sudah siap dibina, jual lah rumah tu. Masa tu harga rumah dah tinggi sebab rumah dah siap. Boleh untung dalam rm30k. Ini lah pelaburan. Take the risk. Mana ada beli rumah, rugi beb! Pernah ada kawan buat macam ni. Untung sampai rm80k sebab kawasan tu strategik dan permintaan tinggi.

2. Forex

Macam main saham la. Pelaburan. Tukaran mata wang asing.

Apa pandangan? Really need ur opinion. Or u have a better idea how to make rich?

Him

Tuesday, October 20, 2009

Bosan

Entah kenapa aku rasa makin cuak. Aku rasa makin takut. Aku rasa masa masih tak cukup. Tapi aku masih macam ni lagi. Pemalas! Aku nak ubahlah. Aku nak jadi rajin. Nak siapkan research aku cepat-cepat. Tak nak lambat-lambat. Tapi aku masih macam ni. Tak berganjak dari dunia sendiri. Aku dah bosan macam ni. Aku kena ada pemangkin untuk aku terus maju ke hadapan. Tapi, apa dia? Tak ada apa-apa. Mungkin perasaan untuk maju itu hanya sekejap. Lepas tu, aku masih akan terus begini. Bosan dengan hidup aku. Bosan dengan sikap aku. Bosan dengan semua ini. Bosan!